Kerjasama dengan British Malayan_People's_Anti-Japanese_Army

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM telah membentuk MPAJA.

Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa ahli-ahli PKM pada peringkat awalnya adalah anggota 'berjasa' bersama-sama British mengusir Jepun dari Tanah Melayu namun kerakusan, dendam, ideologi komunis yang radikal punca mengapa ahli PKM Tanah Melayu dilabelkan sebagai penganas.